Tuesday 27 July 2010

MaCam-maCam ade GelarAn FesYeN tuDunG nie...

tgh syok belek2 nk cari pasal tudung yang menarik..skang kan ade mcm2 fesyen tudung kat pasaran nie..ade mcm2 nama tudung tu bile di peragakan oleh orang yang GLAM... huh sampai dak chubby gurl xtaw nk pilih tudung yang mcm mne la yang cantik, menarik, tertarik kau lg de BOOM...(dushhhhh) syok 'mengGoogle' ade lak cite tentang fesyen tudung...hehehe..xsangka lak ade mcm2 jenis tudng rupenya erk...ADUYAI.... jomla kite kaji sama2...

Seseorang telah membuat artikel pasal jenis-jenis tudung mengikut pemerhatiannya. Marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa:


1.Tudung ‘Mickey Mouse’

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala
tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan.
Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala
termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.
Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan
yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung ‘See Through’

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung ‘Singlet’

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut
akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah
menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi

huh mcm2 la kan gelaran yang di beri ttg tudung...APE KOMEN KORANG...
xkisah la ape2 pn APE YANG PENTING...
kite pakai la ikut kesesuaian kita..jgn sampai slh pakai tudung yang bukan2 org tgk pn pelik lak..

No comments:

Post a Comment